Thursday, 4 September 2014

Panduan Bagi Bakal Pengantin

Di sini kami sertakan sedikit panduan bagi bakal pengantin untuk menempah kad kahwin.
1. Buat kira-kira tetamu yang hendak dijemput agar tidak menghadapi masalah "kad tak cukup".
2. Lihat pada bajet anda sendiri. Di sini kami sertakan sedikit panduan melihat harga kad :
    i. Lihat pada pakej @ harga kad 
   ii. Lihat pada material kad (biasanya yang terlalu murah menggunakan kertas)
  iii. Lihat pada warna pada kad, ada setengah printing house menawarkan hanya black n white atau 1 warna        sahaja
3. Jika anda mempunyai bajet yang sikit, cukuplah sekadar menempah poskad dan gabung dengan pihak lelaki. Ini akan menjimatkan duit. 
4. Kad yang mahal tidak juga disimpan oleh tetamu yang hadir. Berpada-padalah dalam membuat pilihan.
5. Untuk mereka yang ingin meletakkan gambar mereka tak kira pada kad dan bunting, silalah memilih gambar yang sopan dan tidak berpegang dan bersentuhan. Ini bakal mengundang cakap-cakap negatif dari jemputan.

SELAMAT MEMILIH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU

No comments:

Post a Comment